Cool Blue Outer Glow Pointer

Bab 4

Bab 4 : Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia

4.1 Malayan Union

ü  Sir Harold MacMichael mengugut Raja-Raja Melayu.

ü  Sultan tidak diberi masa untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri.

ü  Sultan manandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan.

ü  Orang Melayu berpendapat keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai untuk British melakukan pembaharuan politik.

ü  Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu.

ü  Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.

ü  Raja hilang kredibiliti sebagaiketua orang Melayu.

ü  Raja kehilangan kuasa memungut zakat.

ü  Orang Melayu menolak pemberian kerakyatan yang longgar.

ü  Dasar  terbuka british mengancam status-quo orang Melayu.

ü  Kemasukan orang dagang menjadikan jumlah orang Melayu kecil.

ü  Kemasukan orang dagang menyebabkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu  bertambah mundur.

ü  Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun Melayu.

Implikasi Daripada Bantahan Orang Melayu Terhadap Malayan Union

ü  Berjaya menyatukan orang Melayu.

ü  Kongres Melayu 1986 telah melahirkan UMNO.

ü  Semangat orang Melayu mempertahankan status quo mereka.

ü  British memulakan rundingan dengan Raja-Raja dan UMNO.

ü  British membatalkan Malayan Union.

ü  Persekutuan Tanah Melayu 1948 dibentuk.

Sebab-Sebab Pengenalan Malayan Union


ü  Persediaan untuk Tanah Melayu membentuk pemerintahan sendiri.

ü  Untuk menjimatkan kos pentadbiran.

ü  Melahirkan pentadbiran yang licin.

ü  Mewujudkan pembangunan ekonomi yang seimbang antara negeri.

ü  Membentuk satu bangsa Malayan Union.

ü  Mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

Ciri - Ciri Perjanjian Malayan Union

ü  Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu tidak Bersekutu dan dua Negeri Selat disatukan.

ü  Seorang Gabenor British dilantik untuk mengetuai Malayan Union.

ü  Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan union dibentuk.

ü  Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.

ü  Kerakyatan Malayan Union berasaskan prinsip jus soli.

ü  Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu.

ü  Raja-Raja Melayu hanya membincangkan soal agama dan adat istiadat.

ü  Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik di setiap negeri.

Kesan Pelaksanaan Malayan Union Terhadap Kedudukan Raja-Raja Melayu

ü  Hilang kredibiliti sebagai ketua orang Melayu.

ü  Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu.

ü  Tiada sebarang kuasa.

ü  Hanya boleh membincangkan soal agama dan adat istiadat Melayu.

ü  Tiada kuasa untuk memungut zakat.

Reaksi Terhadap Malayan Union

ü  Menyuarakan bantahan melalui akhbar-akhbar Melayu.

ü  Mengadakan demonstrasi secara damai.

ü  Menghidupkan semula persatuan-persatuan Melayu.

ü  Menghantar surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.

ü  Mengadakan kongres di kalangan orang Melayu.

ü  Menubuhkan UMNO untuk menentang Malayan Union.

ü  Mengadakan rapat umum.

ü  Raja-Raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar menyatakan bantahan.

4.2 Persekutuan Tanah Melayu

Faktor - Faktor Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

ü  Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union.

ü  Perpaduan orang Melayu mengatasi pihak menyokong Malayan Union.

ü  Bekas pegawai dan pegawai tinggi British menyokong orang Melayu.

ü  Sikap politik orang Melayu yang sederhana.

ü  Orang Melayu tidak membuat bantahan secara kekerasan.

ü  Orang melayu hanya menuntut rundingan menolak Malayan Union bukannya menuntut kemerdekaan daripada British.

ü  British bimbang orang Melayu dipengaruhi oleh gerakan politik radikal.

ü  Piagam Atlantik PBB meminta negara-negara kolonial memberi latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan.

Tuntutan Orang Melayu Dalam Mesyuarat Penggubalan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu Di King’s House, Kuala Lumpur

ü  Menolak semua prinsip dan struktur  Malayan Union.

ü  Inginkan persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

ü  Menolak kerakyatan terbuka Malayan Union.

ü  Perlindungan terhadap orang Melayu dipulihkan.

ü  Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu diakui semula.

Ciri-Ciri Utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

ü  Sebuah persekutuan dengan gabungan sebelas buah negeri.

ü  Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.

ü  Konsep Raja Berpelembagaan diwujudkan.

ü  Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.

ü  Kedudukan istimewa orang Melayu dijaga.

Alasan Yang Diberikan Oleh Golongan Radikal Melayu Sebagai Reaksi Menentang Perundingan Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

ü  Jawatankuasa Eksekutif tidak mewakili semua pihak.

ü  Tiada perwakilan orang dagang dalam Jawatankuasa Eksekutif.

ü  Mereka menuntut konsep sebuah republic.

ü  Mereka menuntut kemerdekaan penuh.

Huraikan Peristiwa-Peristiwa Penting Ke Arah Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948

ü  Bantahan orang Melayu menyebabkan British membatalkan Malayan Union.

ü  British menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif.

ü  Orang Melayu mengemukakan lima tuntutan dalam mesyuarat di King’s House, Kuala Lumpur.

ü  Perundingan ditentang oleh orang dagang dan radikal Melayu.

ü  Mereka menuntut sebuah republik dan kemerdekaan penuh.

ü  Menubuhkan AMCJA dan PUTERA bagi menentang British dan UMNO.

ü  Mereka mengadakan pelbagai tindakan seperti ceramah politik, demonstrasi dan mogok.

ü  Mereka mencadangkan Perlembagaan Rakyat.

ü  British menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pandangan dalam menyediakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

ü  Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948.

Huraikan kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

ü  Menjadi asas pentadbiran negara selepasnya.

ü  Perkongsian kuasa dilakukan antara Majlis Raja-Raja Melayu dengan Pesuruhjaya Tinggi British di peringkat pusat.

ü  Sultan sebagai ketua negeri berkuasa melantik Menteri Besar.

ü  Pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.

ü  Terbentu Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.

ü  Dasar perlindungan British terhadap keistimewaan oranng Melayu.

ü  Status-quo negeri Melayu dilindungi.

ü  Agama Islam dan adat istiadat Melayu menjadi teras ketuanan Melayu.

ü  Prinsip yang dicadangkan UMNO dan Raja-Raja Melayu dijadikan undang-undang bertulis.

ü  Prinsip-prinsip dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu menjadi kontrak sosial antara British dengan orang Melayu.

4.3 Pergerakan Politik Di Sabah Dan Sarawak

Alasan Vyner Brooke Menyerahkan Sarawak Kepada Kerajaan British

ü  Beliau telah tua dan uzur.

ü  Anthony Brooke tidak layak mentadbir Sarawak.

ü  Gerald MacBryan telah ditugaskan mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak.

Nyatakan Sebab-Sebab Beberapa Pemimpin Dan Persatuan Kaum Tempatan Menetang Penyerahan Tersebut

ü  Bercanggah denagn Perlembagaan 1941.

ü  Vyner Brooke tidak berunding dengan pemimpin tempatan.

ü  Cadangan hanya disokong oleh bukan bumiputera dan pegawai British.

Persatuan Yang Terlibat Dalam Gerakan Antipenyerahan Sarawak

ü  Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS).

ü  Barisan Pemuda Sarawak (BPS).

ü  Barisan Pemuda Melayu (BPM) Sibu.

ü  Parti Dayak Sarawak (PDS).

ü  Persatuan Melayu Sarawak (PMS).

Tindakan Yang Dilakukan Oleh Persatuan Dalam Usaha Menentang Perisytiharan Penyerahan Sarawak

ü  Berdemonstrasi.

ü  Menghantar surat bantahan.

ü  Meletakkan jawatan beramai-ramai.

ü  Mengadakan pakatan sulit antara kaum terpelajar dengan orang muda.

ü  Menubuhkan kumpulan Rukun tIga Belas.

ü  Membunuh Gabenor Sarawak.