Cool Blue Outer Glow Pointer

Bab 7

Bab 7 : Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia

Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen Dalam Korteks Negara Malaysia

ü  Rakyat Melibatkan Diri Dalam Sistem Pemerintahan Negara.

ü  Manakala Raja-Raja Melayu Menjadi Lambang Taat Setia Rakyat.

ü  Rakyat Berpeluang Membentuk Kerajaan.

ü  Rakyat Memilih Perwakilan Melalui Pilihan Raya.

ü  Mereka Berhak Menyokong, Mengekalkan Atau Menukarkan Kerajaan Yang Sedia Ada Melalui Pilihan Raya.

7.1 Ciri-Ciri Demokrasi Berparlimen Di Negara Kita

ü  Mempunyai Perlembagaan.

ü  Mangamalkan Raja Berperlembagaan.

ü  Kuasa Pemerintahan Dibahagikan Kepada Badan Perundangan, Badan Pelaksana Dan Badan Kehakiman.

ü  Mempunyai Parlimen Sebagai Badan Perundangan.

ü  Mengamalkan Pilihan Raya.

ü  Terdapat Parti-Parti Politik Yang Berjuang Untuk Mendapatkan Kuasa Pemerintahan.

ü  Mengamalkan Kebebasan Asasi.

Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong Mengikut Peruntukan Perlembagaan Malaysia

ü  Sebagai Tonggak Negara/ Ketua Utama Negara.

ü  Simbol Keutuhan Dan Perpaduan Rakyat.

ü  Bertindak Berdasarkan Perlembagaan Malaysia.

ü  Bertindak Atas Nasihat Perdana Menteri.

ü  Tidak Boleh Bertindak Sendiri Kecuali Dalam Perkara Tertentu Yang Memerlukan Budi Bicara Baginda.

ü  Satu Daripada Tiga Unsur Parlimen.

Perlembagaan

ü  Undang-Undang Tertinggi Sebagai Asas Pembentukan Sesebuah Kerajaan.

ü  Mengandungi Peraturan Dan Prinsip Sebagai Panduan Kepada Kerajaan Untuk Melaksanakan Tugasnya.

Perkara-Perkara Dalam Perlembagaan Yang Tidak Boleh Dipersoalkan

ü  Pemerintahan Beraja.

ü  Kedudukan Bahasa Melayu.

ü  Agama Islam.

ü  Hak Istimewa Orang Melayu Atau Bumiputera.

Ciri-Ciri Yang Menunjukkan Keluhuran Perlembagaan Malaysia

ü  Perlembagaan Mengatasi Yang Di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri Dan Mahkamah.

ü  Semua Undang- Undang Yang Bercanggah Dengan Perlembagaan Adalah Tidak Sah.

ü  Undang-Undang Negeri Yang Bertentangan Dengan Perlembagaan Terbatal Dengan Sendirinya.

ü  Mahkamah Berkuasa Menjamin Ketertinggian Perlembagaan.

Kepentingan Perlembagaan Kepada Negara Malaysia

ü  Berperanan Menjamin Kestabilan Negara.

ü  Membantu Melicinkan Pentadbiran.

ü  Menjamin Taat Setia Rakyatkepada Negara.

ü  Menjamin Hak Asasi Dan Kebebasan Rakyat.

ü  Menentukan Peranan Yang Di-Pertuan Agong.

ü  Memelihara Hak Istimewa Orang Melayu Dan Bumiputera.

ü  Menjamin Kerjasama Kerajaan Persekutuan Dengan Kerajaan Negeri.

ü  Menjadi Rujukan Dalam Menggubal Undang-Undang.

Tujuan Pindaan Perlembagaan Dibuat

ü  Melindungi Kepentingan Rakyat.

ü  Menjaga Keselamatan Rakyat.

ü  Melicinkankan Urusan Pentadbiran.

ü  Supaya Sesuai Dengan Keperluan Semasa.

ü  Menjadikan Perlembagaan Sebagai Undang-Undang Yang Munasabah.

ü  Memastikan Kandungannya Dipatuhi Dengan Rela Hati.

ü  Melarang Perkara- Perkara Sensitif Dipersoalkan.

ü  Memelihara Keharmonian Rakyat Berbilang Kaum.

Perkara - Perkara Dalam Perlembagaan Malaysia Yang Boleh Dipinda Melalui Kaedah Pertama Dan Kaedah Kedua Di Parlimen

Kaedah Pertama Dipersetujui Majoriti Lebih Suara Dua Pertiga Dewan Parlimen Dan Persetujuan Majlis Raja- Raja.

ü  Perkara Yang Dipinda Melibatkan Tugas Dan Kuasa Majlis Raja- Raja.

ü  Meminda Syarat Kewarganegaraan.

ü  Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong Dan Raja Permaisuri Agong, Raja- Raja Dan Yang Dipertuan Negeri.

ü  Kedudukan Istimewa Orang Melayu Dan Bumiputera Sarawak Dam Sabah.

ü  Perubahan Sempadan Negeri.

Kaedah Kedua Dipersetujui Majoriti Lebih Suara Dua Pertiga Dewan Parlimen Dan Kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak Dan Sabah.

ü  Keanggotaan Dan Bidang Kuasa Mahkamah Tinggi Di Sarawak Dan Sabah.

ü  Hak Dan Kuasa Kerajaan Negeri Tentang Kuasa Menahan Kemasukan Orang Yang Bukan Dari Sarawak Dan Sabah( Akta Imigresen 1961).

ü  Perkara Perundangan Dan Pemerintahan Kuasa Negeri, Agama, Bahasa, Dan Hak Istimewa Orang Melayu Dan Bumiputera Di Sarawak Dan Sabah.

Perlantikan Yang Dipertuan Agong

ü  Dipilih Dikalangan Sembilan Raja Melayu Secara Bergilir – Gilir.

ü  Pemilihan Dibuat Mengikut Peruntukan Perlembagaan Malaysia.

Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong Mengikut Peruntukan Perlembagaan Malaysia

ü  Ketua Utama Negara.

ü  Simbol Keutuhan Dan Perpaduan Rakyat.

ü  Bertindak Berdasarkan Perlembagaan Malaysia.

ü  Bertindak Atas Nasihat Perdana Menteri.

ü  Tidak Boleh Bertindak Sendiri.

ü  Satu Daripada Unsur Parlimen.

Bidang Kuasa Yang Di-Pertuan Agong Mengikut Peruntukan Dalam Perlembagaan Malaysia

ü  Sebagai Tonggak Negara Dan Ketua Utama Negara.

ü  Mengetuai Tiga Badan Kerajaan Iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana Dan Badan Kehakiman.

ü  Mempunyai Kuasa Memanggil Dan Membubarkan Parlimen.

ü  Ketua Tertinggi Dalam Angkatan Tentera.

ü  Mengampunkan Hukuman Oleh Mahkamah Tentera.

ü  Menjaga Kedudukan Dan Hak Istimewa Orang Melayu.

ü  Boleh Menitahkan Majlis Raja- Raja Bersidang Bagi Membincangkan Kedudukan Raja- Raja Melayu.

ü  Ketua Agama Islam Bagi Negeri Baginda Sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak Dan Sabah.

ü  Mempunyai Kuasa Melantik Perdana Menteri.

ü  Mempunyai Kuasa Melantik Dan Memecat Jemaah Menteri Dan Timbalan Menteri Atas Nasihat Perdana Menteri.

ü  Mengisytiharkan Undang- Undang Darurat.

ü  Melantik Pengerusi Dan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.

ü  Melantik Ahli Perkhidmatan Kehakiman.

ü  Melantik Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

ü  Melantik Peguam Negara.

ü  Melantik Ketua Audit Negara.

ü  Mentauliahkan Duta- Duta Negara Kita.

ü  Melantik Ahli Dewan Negara.

Syarat - Syarat Yang Membolehkan Seseorang Itu Dilantik Menjadi Ahli Dewan Negara

ü  Berumur Tiga Puluh Tahun Dan Keatas.

ü  Dilantik Oleh Dipertuan Agong.

ü  Memberikan Sumbangan Cemerlang Dalam Perkhidmatan Awam/ Bidang Profesional/ Perniagaan/ Perusahaan/ Pertanian/ Kesenian/ Kebajikan/ Mewakili Kumpulan Minoriti.

Ciri- Ciri Dewan Rakyat

ü  Ahlinya Dipilih Oleh Rakyat Dalam Piliharaya.

ü  Mengandungi 219 Ahli.

ü  Mewakili Semua Kawasan Pilihanraya.

ü  Tempoh Jawatan Ahli Dewan Rakyat Ialah Lima Tahun.

ü  Menggubal Dan Meluluskan Undang- Undang Di Peringkat Dewan Rakyat.

Proses Menggubal Dan Meluluskan Undang - Undang Di Parlimen

ü  Cadangan Oleh Kementerian.

ü  Penggubalan Rang Undang- Undang Oleh Jabatan Peguam Negara.

ü  Pembacaan Pertama Di Dewan Rakyat Iaitu Pembacaan Tajuk Rang Undang - Undang Sahaja.

ü  Pembacaan Kedua Di Dewan Rakyat Dan Rang Undang – Undang Dibahaskan.

ü  Perbincangan Rang Undang- Undang Pada Peringkat Jawatankuasa Di Dewan Rakyat.

ü  Pembacaan Ketiga Di Dewan Rakyat. Rang Undang - Undang Dibahaskan Sebelum Diluluskan Untuk Dikemukakan Ke Dewan Negara.

ü  Pembentangan Di Cdewan Negara Melalui Proses Yang Sama Seperti Di Dewan Rakyat.

ü  Penyerahan Rang Undang- Undang Yang Diluluskan Oleh Dewan Negara Kepada Dymm Yang Di-Pertuan Agong Untuk Diperkenankan Dan Diturunkan Mohor Negara.

ü  Pewartaan Undang- Undang Dalam Warta Kerajaan.

Tanggungjawab Sesebuah Kementerian Di Negara Kita

ü  Menggubal Dasar- Dasar Kerajaan.

ü  Merancang Dan Menyelaras Program Pembangunan.

ü  Diketuai Oleh Menteri.

Pentadbiran Sesebuah Kementerian Di Negara Ini

ü  Diketuai Oleh Seorang Menteri Dan Timbalan Menteri.

ü  Perjalanan Kementerian Diawasi Oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

ü  Pentadbiran Kementerian Diketuai Oleh Ketua Setiausaha Kementerian.


ü  Dibantu Oleh Kakitangan Kerajaan Yang Dikenali Sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam.

ü  Jabatan Kerajaan Diketuai Oleh Ketua Jabatan/ Ketua Pengarah.

ü  Kementerian Mempunyai Jabatan Di Peringkat Pusat, Negeri Dan Daerah.

ü  Ada Kementerian Yang Mempunyai Badan Berkanun.

Ciri - Ciri Badan Berkanun

ü  Badan Separuh Kerajaan.

ü  Mempunyai Kuasa Autonomi Tertentu.

ü  Mempunyai Peruntukan Kewangan Sendiri.

ü  Ditadbir Oleh Sebuah Lembaga Pengarah Yang Bertanggungjawab Kepada Menteri Berkenaan.

ü  Mempunyai Pelbagai Tugas Mempecepatkan Program Berkenaan.

Tugas - Tugas Suruhanjaya

ü  Mengendalikan Urusan Perlantikan Kakitangan Awam.

ü  Menguruskan Kenaikan Pangkat Kakitangan Awam.

ü  Memantau Disiplin Kakitangan Awam.

Contoh - Contoh Suruhanjaya Yang Terdapat Di Negara Kita

ü  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

ü  Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

ü  Suruhanjaya Perkhidmatn Undang- Undang Dan Kehakiman.

ü  Suruhanjaya Pasukan Polis.

ü  Majlis Angkatan Tentera.

Bidang Kuasa Badan Kehakiman Di Malaysia

ü  Mendengar Dan Menentukan Perkara Sivil Dan Jenayah.

ü  Menentukan Kesahihan Undang- Undang Yang Dibuat Oleh Badan Perundangan Dan Badan Pelaksana.

ü  Mentafsir Perlembagaan Persekutuan Dan Perlembagaan Negeri.

ü  Mengisytiharkan Undang- Undang Bertulis Kerajaan.

ü  Mengisytiharkan Tindakan Kerajaan Tidak Sah Di Sisi Undang- Undang.

 Hirarki Sistem Mahkamah Yang Terdapat Di Negara Kita

ü  Mahkamah Rendah

                ● Mahkamah Majistret.

                ● Mahkamah Sesyen.

ü  Mahkamah Atasan

                ● Mahkamah Tinggi Malaya Dan Mahkamah Tinggi Borneo.

                ● Mahkamah Rayuan.

                ● Mahkamah Persekutuan.

Kedudukan Hakim Dalam Sistem Kehakiman Negara

ü  Dilantik Oleh Yang Di-Pertuan Agong Dengan Nasihat Perdana Menteri.

ü  Urusan Perlantikan, Kenaikanpangkat Dan Perlucutan Jawatan Terletak Di Bawah Kuasa Yang Di-Pertuan Agong.

ü  Tidak Boleh Dipecat Sewenang-Wenangnya Tanpa Sebab Yang Munasabah.

ü  Hakim Tidak Boleh Melibatkan Diri Dalam Politik.

Tanggungjawab Peguam Negara Dalam Sistem Kehakiman Di Malaysia

ü  Peguam Negara Menjadi Penasihat Undang- Undang Kerajaan.

ü  Peguam Negara Menjadi Pendakwa Raya Atau Peguam Bela Bagi Kerajaan.

ü  Peguam Negara Dibantu Oleh Pegawai Perkhidmatan Undang- Undang Dan Kehakiman.

Fungsi Suruhanjaya Pilihanraya

ü  Menjamin Pilihan Raya Yang Adil.

ü  Menjamin Pilihan Raya Bebas Daripada Tekanan Mana- Mana Pihak.

ü  Menentukan Sempadan Pilihan Raya.

ü  Menjalankan Pendaftaran Pemilih.

ü  Mengendalikan Pilihan Raya.

Jenis - Jenis Pilihan Raya Di Malaysia

ü  Pilihan Raya Umum

                ● Diadakan Untuk Memilih Ahli Dewan Rakyat Dan Dewan Undangan Negeri.

                ● Diadakan Serentak Di Seluruh Malaysia.

                ● Di Sabah Dan Sarawak, Pilihan Raya Umum Bagi Dewan Rakyat Dan Dewan Undangan Negeri Diadakan Secara Berasingan.

ü  Pilihan Raya Kecil

                ● Diadakan Apabila Berlaku Kekosongan Mana- Mana Kerusi Parlimen Atau Dewan Undangan Negeri.

                ● Kekosongan Mungkin Disebabkan Kematian, Perletakan Jawatan Dan Perlucutan Jawatan.

                ● Diadakan Dalam Tempoh 60 Hari Bagi Semenanjung Malaysia.

                ●90 Hari Bagi Sabah Dan Sarawak.

Keadaan- Keadaan Yang Membolehkan Pilihan Raya Kecil Diadakan

ü  Kekosongan Kerusi Parlimen Atau Dewan Undangan Negeri.

ü  Kematian Wakil Rakyat.

ü  Perletakan Jawatan Wakil Rakyat.

ü  Perlucutan Jawatan Wakil Rakyat.

Syarat- Syarat Yang Membolehkan Seseorang Itu Menjadi Pengundi

ü  Namanya Terdapat Dalam Senarai Daftar Pemilih.

ü  Berumur 21 Tahun.

ü  Bermastautin Atau Tidak Bermastautin Di Malaysia.

ü  Tinggal Di Mana- Mana Kawasan Pilihanraya.

ü  Boleh Mengundi Dalam Sebuah Kawasan Pilihan Raya Sahaja.

Pengendalian Pilihan Raya Di Negara Ini

ü  Suruhanjaya Menetapkan Tarikh Penamaan Calon Dan Pengundian.

ü  Penamaan Calon Yang Bertanding.

ü  Parti Yang Bertanding Menyediakan Manifesto.

ü  Melancarkan Kempen Pilihan Raya.

ü  Pengumuman Tempat Pengundian Dan Tempat Pengiraan Undi.

ü  Pemberian Kertas Undi Yang Mengandungi Lambang Parti Calon Yang Bakal Dipilih Kepada Pengundi.

ü  Pembuangan Undi Dengan Memangkah Calon Pilihan Raya Pada Kertas Undi Dan Memasukkan Ke Dalam Peti Undi.

ü  Pengiraan Undi.

ü  Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Oleh Pegawai Pilihan Raya.

Syarat- Syarat Yang Perlu Dipatuhi Untuk Menjadi Calon Dalam Pilihan Raya

ü  Warganegara Malaysia.

ü  Berumur 21 Tahun.

ü  Bermastautin Di Malaysia.

ü  Sempurna Akal.

ü  Bukan Seorang Muflis.

ü  Tidak Memegang Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam.

ü  Tidak Disabitkan Dengan Kesalahan Oleh Mahkamah.

ü  Mendapat Pengampunan Jika Mempunyai Rekod Jenayah.

ü  Tidak Pernah Didenda Tidak Kurang Daripada RM 2000.00.

ü  Tidak Membuat Akuan Taat Setia Kepada Negara Luar.

ü  Bertanding Atas Nama Parti Atau Sebagai Calon Bebas.

ü  Mengemukakan Kertas Penamaan Calon Pada Hari Penamaan Calon.

ü  Tidak Pernah Dihukum Penjara Melebihi 12 Bulan.

Pentadbiran Suruhanjaya Pilihan Raya

ü  Diketuai Oleh Pengerusi SPR.

ü  SPR Menubuhkan Urusetia.

ü  Urusetia Dietuai Oleh Setiausaha SPR.

ü  Setiausaha Spr Berperanan Sebagai Ketua Eksekutif Dan Ketua Pentadbir Urusetia.

ü  Urusetia Dibantu Oleh Sekumpulan Kakitangan Awam.

ü  Urusetia Wajib Mengikut Garis Panduan Dan Dasar SPR.

7.2 Negara Persekutuan

Maksud Persekutuan Dalam Korteks Negara Malaysia

ü  Penyatuan Beberapa Buah Negeri.

ü  Mempunyai Sebuah Kerajaan Persekutuan.

ü  Disertai Beberapa Buah Negeri.

ü  Kedua- Dua Kerajaan Ini Menjalankan Tugas Berdasarkan Kuasa Yang Diperuntukkan Dalam Perlembagaan Malaysia.

Bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan Yang Terdapat Di Bawah Senarai Persekutuan

ü  Hal Ehwal Luar Negeri( Hubungan Luar).

ü  Pertahanan.

ü  Keselamatan Dalam Negeri.

ü  Pentadbiran Dan Keadilan.

ü  Kerakyatan Negara.

ü  Kewangan.

ü  Perniagaan, Perdagangan, Dan Perusahaan.

ü  Perkapalan, Pelayaran, Dan Pengangkutan.

ü  Jabatan Ukur, Penyelidikan.

ü  Kerja Raya Dan Tenaga Pusat.

ü  Pelajaran.

ü  Kesihatan.

ü  Keselamatan Buruh Dan Sosial.

ü  Orang Asli.

ü  Hal- Hal Lain.

Sifat- Sifat Yang Perlu Ada Bagi Mewujudkan Sebuah Persekutuan

ü  Hubungan Baik Antara Kerajaan Persekutuan Dengan Kerajaan Negeri.

ü  Kerajaan Persekutuan Yang Stabil.

ü  Kerajaan Persekutuan Yang Berwibawa.

ü  Hubungan Baik Antara Etnik.

ü  Toleransi Antara Pemimpin Dan Rakyat.