Cool Blue Outer Glow Pointer

Bab 5

Bab 5 : Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka

5.1 Sistem Ahli

Sebab - Sebab Pihak British Memperkenalkan Sistem Ahli

ü    Menjadikan pentadbiran negara Kenya dan Rhodesia Utara.

ü    Sebagai model.

ü    Selaras dengan hasrat British menjalankan dasar dekolonisasi.

ü    Dapat mengurangkan tekanan PKM.

ü    Dapat melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran.

Ciri – Ciri Sistem Ahli

ü  Beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat memegang jawatan yang dibentuk.

ü  Anggotanya dikenali sebagai AHLI.

ü  Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.

ü  Ahli terdiri daripada sembilan orang anggota.

Tugas - Tugas Ahli

ü  Menjaga satu portfolio yang mengandungi beberapa jabatan.

ü  Menguruskan pentadbiran.

ü  Mencadangkan undang-undang yang berkaitan jabatannya.

ü  Berbincang dengan pegawai kanan British untuk menyediakan undang-undang.

ü  Menerima arahan Pesuruhjaya Tinggi British.

Proses Pelaksanaan Dan Kepentingan Sistem Ahli

ü  Sebagai asas melatih orang tempatan berkerajaan sendiri.

ü  Memulakan proses perpaduan kaum.

ü  Kemerdekaan yang akan dicapai mendapat sokongan seluruh penduduk.

ü  Pendedahan kepada penduduk tempatan menerajui sendiri kerajaan.

5.2 Pakatan Murni

Maksud Pakatan Murni

ü  Usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.

ü  Pakatan merupakan jalan penyelesaian tuntutan dan masalah kaum.

ü  Merupakan usaha untuk menyatupadukan pelbagai kaum.

Perkara-Perkara Yang Telah Dipersetujui Hasil Perundangan Antara UMNO Dengan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)

ü  Penubuhan Lembaga Pembangunan Indusri Desa (RIDA).

ü  Memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar Bandar.

ü  Dato’ Onn Jaafar  menjadi pengerusi RIDA.

ü  Kerakyatan Negeri 1951 kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu dengan syarat ibu atau bapanya rakyat Tanah Melayu.

ü  Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai.

Peranan Dato’ Onn Jaaafar Dalam Mewujudkan Pakatan Murni Antara Kaum Di Tanah Melayu Sebelum Parti Perikatan

ü  Mewakili orang Melayu dalam Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum.

ü  Menjadikan perpaduan kaum sebagai asas kemerdekan.

ü  Menjadi Pengerudi Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA).

ü  Membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu.

ü  Menubuhkan Kemerdekaan Malaya (IMP).

ü  Membuka IMP kepada semua kaum.

Sebab-Sebab Dato’ Onn Jaafar Membuka Keahlian Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) Kepada Semua Kaum

ü  Konsep kerjasama pelbagai kaum dalam sebuah parti.

ü  Semua kaum dapat bekerja untuk kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

ü  Perubahan politik yang berlaku di Tanah Melayu ketika itu.

ü  Orang Melayu tidak lagi menjadi rakyat tunggal negara ini.

ü  Orang bukan Melayu turut menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu.

Usaha-usaha mengadakan pakatan murni dalam kalangan penduduk-penduduk di Tanah Melayu sebelum penubuhan Parti Perikatan

ü  Membentuk Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (Communities Liaison Committee- CLC) yang dianggotai kaum Melayu dan Cina.

ü  Pada bulan Ogos 1949 CLC turut disertai orang India.

ü  Menjadikan perpaduan kaum sebagai asas kemerdekaan.

ü  Mengadakan rundingan antara UMNO dan CLC.

ü  Bersetuju menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa.

ü  Kerakyatan kepada imigran mengikut Kerakyatan Negeri 1951.

ü  Mengadakan pilihan raya pada masa yang sesuai.

ü  Dato’ Onn membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu.

ü  Dato’ Onn Jaafar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).

ü  Sir Malcom Macdonald menubuhkan Persidangan Kebangsaan untuk mencapai kerjasama politik dan mengurangkan perkauman.

ü  Tunku Abdul Rahman mengadakan konvensyen kebangsaan bersama MCA untuk mewujudkan kerjasama dalam politik.

Kejayaan-Kejayaan Yang Dicapai Dalam Politik Hasil Daripada Pakatan Murni Antara Kaum Sehingga Negara Mencapai Kemerdekaan


ü  Kerjasama UMNO-MCA telah  memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran beberapa bandar utama.

ü  Gabungan UMNO-MCA memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran beberapa bandar utama.

ü  Parti Perikatan memenangi Pilihan RayaNegeri pada tahun 1954.

ü  Pemimpin-pemimpin parti politik yang terdiri daripada Parti Negara, UMNO, MCA, MIC menganggotai Jawatankuasa Pilihan Raya Majlis Mesyuarat Perundangan.

ü  Perikatan memenangi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

ü  Perikatan berjaya menubuhkan kerajaan dan membentuk kabinet.

ü  Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi  Ketua Menteri.

ü  Membahagikan anggota kaninet daripada pelbagai kaum.

ü  Tunku Abdul Rahman mengetuai rundingan kemerdekaan. 

5.3 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

Peranan Suruhanjaya Reid Dalam Usaha Memberikan Kemerdekaan Kepada Persekutuan Tanah Melayu

ü  Membincangkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

ü  Menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

ü  Merangka sbuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu.

ü  Mengkaji isu-isu sebagai penduan merangka perlembagaan.

ü  Menerima memorandum daripada pelbagai pihak.

ü  Menerbitkan cadangan perlembagaan.

ü  Menghantar cadangan perlembagaan kepada Parlimen British.

ü  Menghantar cadangan perlembagaan kepada Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan untuk disahkan.

Isi-isi penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957


ü  Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.

ü  Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.

ü  Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan Negara.

ü  Tiga jenis kerakyatan wujud iaitu secara Kuat Kuasa Undang-Undang,Permohonan dan Naturalisasi.

ü  Prinsip jus soli diterima.

ü  Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.

ü  Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

ü  Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.

ü  Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

ü  Yang Dipertuan Agong sebagai ketua Negara.

ü  Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen.

ü  Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan dibantu oleh Dewan Undangan  Negeri dan Exco.