Cool Blue Outer Glow Pointer

Bab 3

Bab 3 : Kesedaran Pembinaan Negara Dan Bangsa

3.1 Latar Belakang Pembinaan Negara dan Bangsa

Faktor - Faktor Yang Menyebabkan Berlakunya Pembentukan Negara Bangsa Eropah

ü  Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789 menyebabkan munculnya idea tentang hak rakyat,kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa moden.

ü  Pembentukan negara moden mengikut sempadan rumpun bangsa bagi menggantikan bentuk negara feudal.

ü  Kebangkitan nasionalisme mengancam empayar Austria,Rusia dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.

ü  Deklerasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson mencadangkan prinsip penentuan negara oleh rakyat sendiri dan sempadan negara berasaskan bangsa.

ü  Perang Dunia Pertama mengakibatkan empayar Austria-Hungary dan Turki dibahagikan dan muncullah negara-negara baru.

ü  Orang Itali mahu menyatukan wilayah mereka di bawah satu pemerintahan.

ü  Mereka menghalau orang Austria dari bumi Itali.

ü  Pengunduran tentera Perancis dari Rom membolehkan Rom dan Itali disatukan.

ü  Tindakan Otto  von Bismarck yang menggunakan real politik serta politik darah dan besi untuk menyatukan Jerman.

Usaha - Usaha Pembentukan Negara Bangsa  Itali  Pada Abad Ke-19

ü  Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah di bawah sebuah pemerintahan.

ü  Mereka mahu menghalau orang Austria dari bumi Itali.

ü  Count Camilio Benso berusaha menyatukan Itali menggunakan amalan real politik.

ü  Beliau bekerjasama dengan Napoleon menentang dan mengalahkan Austria.

ü  Beliau mengadakan pungutan suara dan memperolehi sokongan rakyat untuk menyatukan Itali.

ü  Venetia dipulangkan oleh Prusia kepada Itali sebagai balasan kerana Itali membantunya mengalahkan Austria.

ü  Rom dan Itali disatukan apabila Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom.

Amalan Real Politik

ü  Amalan mewajarkan apa sahaja cara untuk mencapai matlamat politik.

ü  Cara yang biasa digunakan ialah tipu helah, kekerasan bersenjata dan peperangan.

Negara Bangsa Baru Yang Muncul Di Eropah Hasil Deklerasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson

ü  Czechoslovakia

ü  Estonia

ü  Finland

ü  Latvia

ü  Lithuania

ü  Poland

ü  Yugoslavia

Amalan Real Politik Dan”Politik Darah Dan Besi” Yang Digunakan Oleh Otto Von Bismarck Untuk Menyatukan Negara Jerman

ü  Tipu helah

ü  Pemalsuan dokumen

ü  Provokasi

ü  Penipuan

ü  Ugutan

ü  Isu membenci kuasa asing

Usaha Pembinaan Negara Islam Di Madinah Berbeza Daripada Pembinaan Negara Bangsa Di Eropah

ü  Pembentukan negara Islam di Madinah tidak menggunakan kaedah realpolitik atau politik darah dan besi.

ü  Pembentukan negara secara penyatuan melalui prinsip Islam.

ü  Menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam.

ü  Penduduk berbilang bangsa disatukan melalui Piagam Madinah.

ü  Pembentukan kerajaan Islam berasaskan diplomasi,musyawarah dan permuafakatan.

ü  Pembentukan negara disebabkan wujudnya kerjasama antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat.

Kerajaan Mengikut Sistem Politik Masyarakat Melayu Tradisional

ü  Sesebuah kerajaan bererti negeri dengan segala jajahan takluknya.

ü  Kemunculan kerajaan disebabkan adanya raja.

ü  Negeri bererti kawasan.

ü  Sempadan kerajaan ditentukan melalui kesetiaan rakyat terhadap raja.

ü  Kerajaan yang kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan yang lemah.

Ciri-Ciri Bangsa Malaysia

ü  Sekumpulan manusia yang menjadi warganegara Malaysia.

ü  Bangsa Malaysia lahir apabila terbentuknya negara Malaysia.

ü  Terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

ü  Dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan,pengamalan kebudayaan dan Rukun Negara.

Perubahan Yang Berlaku Terhadap Konsep Kerajaan Dan Negeri Masyarakat Melayu Setelah British Campurtangan Di Semenanjung Tanah Melayu

ü  Setiap kerajaan Melayu dirujuk sebagai negeri.

ü  British menetapkan sempadan bagi setiap negeri.

ü  Konsep kerajaan digantikan dengan konsep negeri.

ü  Malayan Union diperkenalkan untuk membina negara dan bangsa yang moden.

ü  Persekutuan Tanah Melayu 1948 menggabungkan semua Negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat.

ü  Kemerdekaan menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara.

ü  Penggabungan Sarawak dan Sabah dengan Persekutuan Tanah Melayu mewujudkan negara Malaysia.

Alasan Yang Menunjukkan Bahawa Pembentukan Negara Malaysia Adalah Sesuatu Yang Unik

ü  Dibentuk kerana kebijaksanaan pemimpin.

ü  Tidak melibatkan pertumpahan darah.

ü  Kemerdekaan dicapai melalui rundingan.

ü  Melalui proses pakatan murni dan tolak ansur antara kaum.

3.2 Kesultanan Melayu Melaka - Asas Pembentukan Negara dan Bangsa

Pengaruh Wilayah Dalam Kesultanan Melayu Melaka

ü  Kawasan tempat tinggal rakyat.

ü  Sempadannya diterima umum.

ü  Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja.

Keadaan-Keadaan Yang Menunjukkan Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka

ü  Mempunyai hak mutlak terhadap rakyat.
ü  Kekuasaan yang dimiliki oleh negara dan perintah.
ü  Pemerintah boleh menggunakan kuasa untuk menggubal undang-undang.
ü  Pemerintah boleh menguatkuasakan undang-undang.
ü  Kekuasaan itu tidak boleh dihadkan oleh mana – mana pihak.
ü  Bebas daripada campurtangan kuasa asing.
ü  Raja mempunyai kuasa memerintah.

Alat-Alat Yang Menjadi Lambang Kebesaran Sultan Dan Kesultanan Melayu Melaka

ü  Alat regalia.
ü  Nobat.
ü  Warna.
ü  Bahasa.
ü  Undang-undang.
ü  Protokol.
ü  Adat istiadat istana.

Tanda Ketaatan Rakyat Kepada Raja Yang Memerintah Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka

ü  Bersedia mempertahankan negara.
ü  Menghadiri adat istiadat kerajaan.
ü  Mengadakan gotong-royong.
ü  Kerahan tenaga.

Persamaan Kandungan Antara Undang- Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 Dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu 1911

ü  Mengamalkan pemerintahan bercorak Raja Berperlembagaan.

ü  Sultan dibantu oleh Majlis Negeri/Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.

ü  Menteri Besar menjadi pengerusi Majlis Negeri/Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.

ü  Menteri Besar dilantik oleh Sultan.

ü  Menteri Besar dibantu oleh Jemaah Menteri.

ü  Jemaah Menteri mempunyai kuasa melantik Naib Menteri Besar dengan perkenan Sultan.

ü  Jemaah Menteri mestilah berbangsa Melayu,Islam dan rakyat negeri.

ü  Menteri mesti mengangkat sumpah kepada Raja dan kerajaan.

ü  Pewaris takhta mestilah beragama Islam,berbangsa Melayu,lelaki dan waris Sultan.

ü  Raja atau menteri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa lain.

ü  Orang Melayu diiktiraf sebagai rakyat.

ü  Islam sebagai agama negeri.

Perkembangan Sistem Jemaah Menteri Yang Dilaksanakan Di Kelantan Pada Abad Ke-19

ü  Sistem Jemaah Menteri mula diamalkan di Kelantan sejak pemerintahan Sultan Muhammad 1 (1801-1836).

ü  Baginda melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbiran.

ü  Sultan Muhammad II membentuk lapan Jemaah Menteri untuk melicinkan pentadbiran.

ü  Setiap Jemaah Menteri dianggotai oleh empat orang pembesar.

ü  Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing.

ü  Sultan Muhammad II menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam perebutan kuasa.

ü  Baginda menggantikan kerabat diraja dengan golongan pembesar.

ü  Pembesar-pembesar diberi gelaran Nik dan Wan.

ü  Golongan pembesar memberikan taat setia kepada baginda.