Cool Blue Outer Glow Pointer

Bab 6

Bab 6 : Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia

6.1 Cadangan ke Arah Pembentukan Malaysia

ü  Lord Brassey

                ●    Menggabungkan Sarawak dan sabah dengan negeri - negeri melayu dan negeri-negeri selat.

ü  Sir Malcom MacDonald dan Dato’ Onn

                ●    Mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.

ü  Lee Kuan Yew

                ●    Menggabungkan Singapura dengan Tanah Melayu sahaja.

Sebab Lee Kuan Yew Begitu Berminat Menggabungkan Singapura Dengan Persekutuan Tanah Melayu

ü  Barisan sosialis memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura.

ü  Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis melemahkan Parti Tindakan Rakyat Kebangkitan Barisan sosialis menggugat rancangan British memberi kemerdekaan kepada Singapura.

ü  Ancaman komunis di Singapura.

ü  Mengharapkan pertolongan Persekutuan Tanah Melayu membanteras pengaruh komunis.

Faedah-Faedah Yang Diperolehi Sekiranya Sarawak, Sabah Dan Brunei Menganggotai Malaysia

ü  Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.

ü  Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.

ü  Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo.

ü  Mewujudkan pasaran yabg lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industri pertanian.

ü  Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu.

ü  Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota.

6.2 Faktor-Faktor Pembentukan Malaysia

ü  Kemenangan Barisan Sosialis dalam pilihan raya Singapura melemahkan parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew.

ü  Perkembangan ini mengugat rancangan British untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura.

ü  Lee Kuan Yew mendesak British menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.

ü  Pengalaman Persekutuan Tanah Melayu membenteras pengaruh PKM dapat membantu Singapura menghadapi ancaman komunis.

ü  Ancaman mahu menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.

ü  Pembentukan Malaysia menjadi benteng menghadapi komunis.

ü  Mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah, Brunei.

ü  Proses dekolonisasi British terhadap negeri yang belum membangun.

ü  Dapat memberikan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.

ü  Menghalang pengaruh komunis di Singapura dan Borneo.

ü  British mahu memastikan kepentingannya terus terkawal.

ü  Dapat mewujudkan pasaran luas.

ü  Menggalakkan pelaburan dan perkemabangan industri pertanian.

ü  Mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi.

ü  Dapat memanafaatkan sumber yang ada di negeri-negeri.

ü  Memajukan negeri-negeri yang belum membangun.

ü  Mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum.

6.3 Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia

Reaksi di Sarawak

ü  Parti Negara Sarawak (PANAS) adalah parti pertama yang menyokong penubuhan Malaysia.

ü  SNAP, BERJASA, PESAKA, dan SCA mulanya menentang kerana mereka mahukan kemerdakaan terlebih dahulu.

ü  Parti-parti ini akhirnya menyokong penubuhan Malaysia.

ü  SUPP terus menentang pembentukan Malaysia.

ü  PANAS, SNAP, BERJASA, PESAKA dan SCA membentuk Parti Perikatan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia.

ü  Mereka berusaha menyekat pengaruh SUPP.

Reaksi di Sabah

ü  Pengumuman tentang gagasan Malaysia melahirkan parti-parti politik seperti UNKO, USNO, Parti Kaum Dusun, Parti Pasok Momugun, Parti Bersatu, Parti Doemokratik dan sebagainya.

ü  Parti - parti ini membentuk parti perikatan Sabah yang menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.

ü  Parti Perikatan Sabah mengemukakan tuntutan 20 perkara untuk dimasukkan dalam perlembgaan  Malaysia.
 
Reaksi Indonesia Dan Filipina Terhadap Pembentukan Malaysia

Reaksi di Indonesia

ü  Membantah pembentukan Malaysia.

ü  Berpendapat pembentukan Malaysia adalah satu bentuk penjajahan baru.

ü  Boleh mengancam Indonesia.

ü  Presiden Soekarno mengisytiharkan Dasar Konfrontasi.

ü   “Ganyang Malaysia”  diumumkan pada 20 januari 1963.

ü  Menyerang kapal-kapal nelayan Malaysia.

ü  Menceroboh ruang udara Malaysia.

ü  Menyerang Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah.

ü  Memburukkan Malaysia di negara Afro-Asia dan Negara Dunia Ketiga.
Reaksi di Filipina

ü  Membuat pengumuman rasmi menuntut hak ke atas Sabah.

ü  Mendakwa Sabah sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.

ü  Mengemukan perjanjian antara Sultan Sulu dengan Baron von Overback sebagai asa tuntutan.

Tindakan-Tindakan Yang Dilakukan Oleh Malaysia Dalam Menghadapi Penentangan Indonesia Terhadap Pembentukan Malaysia

ü  Mengambil sikap berdiam diri terhadap serangan kapal nelayan dan pencerobohan ruang udara.

ü  Bertindak balas dengan bantuan tentera komanwal terhadap serangan bersenjata Indonesia.

ü  Menghantar bantahan rasmi kepada setiausaha pertubuhan bangsa-bangsa bersatu berhubung pencerobohan itu.

ü   Perwakilan Malaysia yang diketuai oleh Dato’ Abdul Razak Husein mengadakan lawatan ke negara Dunia ketiga dan Afro-Asia.

ü  Memberi penjelasan kepada negara-negara tersebut tentang masalah hubungan antara Malaysia dengan Indonesia.

ü  Membaiki hubungan diplomatik kedua-dua negara melalui MAPHILINDO.

ü   Mengemukakan memorandum kepada Suruhjaya Cobbold yang mengandungi pandangan rakyat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan.

ü  Menubuhkan Suruhanjaya Cobbold untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.

ü  Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) untuk memperincikan cadangan-cadangan Suruhanjaya Cobbold.

ü  JAK mengadakan mesyuarat bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia dan membincangkan hak penduduk Sarawak dan Sabah.

Kerajaan Malaysia Menangani Penentangan Indonesia Dan Filipina Terhadap Pembentukan Malaysia

ü  Mengadakan perjumpaan tiga pihak melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina.

ü  Mengadakan sidang kemuncak antara ketua kerajaan.

ü  Menubuhkan MAPHILINDO.

ü   Mencari jalan penyelesaian dengan bantuan PBB.

6.4 Langkah - Langkah Pembentukan Malaysia

ü  Megadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah untuk menjelaskan tentang penubuhan Malaysia.

ü  Mengadakan rundingan antara pegawai kanan Persekuruan Tanah Melayu dengan pegawai British di Sarawak dan Sabah.

ü  Menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum(JPPK).

ü  Mengadakan mesyuarat JPPK untuk mengumpulkan pandangan tentang penubuhan Malaysia.

ü  Setiausaha PBB menubuhkan perwakilan Malaysia ke PBB untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.

Nilai-Nilai Yang Terserlah Melalui Kejayaan Pembentukan Malaysia

ü  Ciri - ciri kepimpinan tokoh politik di Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.

ü  Tekanan pihak komunis dapat ditangkis.

ü  Diplomasi politik berjaya menyelesaikan konflik dengan Indonesia dan Filipina.

ü  Wujudnya kejasama serantau.

ü  Melibatkan kerjasama antarabangsa.

Tujuan Jawatankuasa Perunding Perpaduan kaum (JPPK) Ditubuhkan

ü  Memberi penerangan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia.

ü  Mengumpulkan pandangan penduduk tentang pembentukan Malaysia.

ü  Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.

ü  Mengemukakan memorandum tentang pandangan Sarawak dan Sabah kepada Suruhanjaya Cobbold.

Peranan Yang Dimainkan Oleh Suruhanjaya Cobbold Berhubung Dengan Pembentukan Malaysia

ü  Membuat penilaian terhadap pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.

ü  Mengemukakan cadangan kepada pihak British.

ü  Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan.

ü  Mengemukakan laporan memorandum kepada kerajaan British.

ü  Mengemukakan cadangan perlembangan baru bagi Malaysia.

Usaha Yang Dilakukan Oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) Ke Arah Pembentukan Malaysia

ü  Menerangkan penubuhan Malaysia kepada Sarawak dan Sabah.

ü  Memperincikan cadangan Suruhanjaya Cobbold tentang Perlembagaan Malaysia.

ü  Mengadakan mesyuarat bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia.

ü  Membuncangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.

Majoriti Rakyat Sarawak Dan Sabah Bersetuju Menyertai Persekutuan Malaysia

ü  Usaha yang dijalankan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

ü  Parti Perikatan memenangi pilihanraya.

ü  Penduduk Sarawak dan Sabah enggan menyertai Indonesia dan Filipina.