Cool Blue Outer Glow Pointer

Bab 2

Bab 2 : Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua

2.1 Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British

Sebab-Sebab Pemimpin Tempatan Menentang British

ü  British mahu meluaskan jajahannya.

ü  Kawasan taklukan akan terikat dengan peraturannya.

ü  Naning dipaksa membayar ufti kepadanya.

ü  British berusaha mengeksploitasi ekonomi tempatan.

ü  Menandatangani perjanjian dengan pembesar tempatan.

ü  Saudagar Negeri Selat menguasai perlombongan dan perdagangan bijih timah.

ü  British memaksa pentadbiran barat kepada penduduk tempatan.

ü  Pengenalan sistem cukai,undang-undang dan peraturan tanah bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat.

ü  Tanah di Terengganu yang hendak dibuka mesti mendapat keizinan British dan dikenakan cukai.

ü  British mencampuri adat resam tempatan.

ü  British melarang amalan gunakan orang suruhan di Perak.

ü  Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh.

ü  Penduduk tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British.

ü  Mereka memberi sokongan kepada pembesar menentang British.

Mat Saleh Di Sabah

ü  SBUB menduduki Tambunan dan Sungai Sugut yang diperintah Mat Saleh.

ü  SBUB memperkenalkan cukai kepala dan surat perahu.

ü  Pegawai SBUB bersikap kasar dengan penduduk tempatan.

ü  Mat Saleh ke Sandakan untuk berunding tetapi tidak dilayan.

ü  SBUB membakar kampung Mat Saleh menyebabkan beliau melarikan diri.

ü  Mat Saleh menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya.

ü  SBUB mahu damai dengan menyerahkan Tambunan kepada Mat Saleh.

ü  SBUB mungkir janji menyebabkan Mat Saleh menyerang semula.

ü  SBUB menyerang balas menyebabkan Mat Saleh terkorban.

Penghulu Dol Said

ü  British mendakwa Naning sebagai jajahan takluknya.

ü  Dol Said enggan membayar ufti kepada British di Melaka.

ü  British menghantar tentera untuk menakluki Naning.

ü  Penghulu Dol Said yang dibantu oleh Penghulu Rembau,Penghulu Remai,Dato’Kelana Sungai Ujong dan Penghulu Gemencheh mengalahkan tentera British.

ü  British menyerang Naning sekali lagi.

ü  Penghulu Dol Said menyerah diri dan dibawa ke Melaka.

Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal Di Sungai Ujong

ü  Dato’Syahbandar Abdullah Tunggal dan Dato’Kelana Syed Abdul Rahman berebut kawasan sempadan memungut cukai kepada pedagang Negeri Selat.

ü  Dato’Syahbandar enggan menandatangani perjanjian dengan British.

ü  Beliau menentang Dato’Kelana yang mengundang British campur tangan dalam pertikaian antara mereka.

ü  Dato’Syahbandar dikalahkan oleh Dato’Kelana yang bekerjasama dengan British.

ü  Dato’Syahbandar berundur ke Selangor.

ü  Beliau kembali ke Sungai Ujong untuk menandatangani perjanjian dengan British.

ü  Dato’Syahbandar meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura.

ü  Sungai Ujong dikuasai oleh Dato’Kelana di bawah penguasaan British.

Dato’ Bahaman Di Pahang

ü  Dato’ Bahaman menentang undang-undang British yang menghakis kuasanya sebagai pembesar Semantan.

ü  Mereka menentang pembinaan balai polis di Lubuk Terua.

ü  Menyerang British yang menangkap anak buahnya.

ü  Menyerang dan menawan balai polis Lubuk Terua.

ü  Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

ü  Diserang oleh British menyebabkan beliau berundur ke Kelantan.

ü  Dato’Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberi perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn.

ü  Menetap di Chiengmai dan meninggal dunia di sana.

Tok Janggut Di Kelantan

ü  Bantahan Tok Janggut terhadap pelaksanaan Sistem Penasihat dan cukai tidak dilayan.

ü  Arahan dikeluarkan supaya Tok Janggut ditangkapi tetapi gagal.

ü  Tok Jnggut bersama pengikutnya menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya.

ü  Mereka membentuk kerajaan dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja,Tok Janggut sebagai Perdana Menteri, dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

ü  British menyerang Kampung Saring.

ü  Tok Janggut terkorban dalam serangan itu.

Haji Abdul Rahman Limbong

ü  Haji Abdul Rahman Limbong kecewa dengan sistem cukai dan undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh British.

ü  Beliau mengetuai penduduk membersih tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah.

ü  Beliau sekali lagi berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah tetapi dapat disuraikan oleh British.

ü  Penduduk tempatan melancarkan serangan bersenjata terhadap bangunan kerajaan di Kuala Berang dan berjaya mendudukinya.

ü  Dengan menggunakan nama sultan,British menghantar pembesar dan berjaya menangkap Haji Abdul Rahman Limbong.

ü  Beliau dibuang negeri ke Makkah.

2.2 Gerakan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

Faktor Kebangkitan Semangat Nasionalisme Di Kalangan Penduduk Di Tanah Melayu Sehingga Perang Dunia Kedua

ü  Sistem politik Barat memusnahkan sistem politik tempatan.

ü  Pegawai British menggantikan pembesar tempatan dalam pentadbiran.

ü  Perubahan menjatuhkan maruah mereka.

ü  Sistem pendidikan melahirkan intelek Melayu.

ü  Mereka menggunakan idea memajukan bangsa dan menolak penjajahan Barat.

ü  Kemasukan orang asing menimbulkan persaingan kepada orang Melayu.

ü  Jurang ekonomi antara orang Melayu dengan orang asing.

ü  Pendudukan Jepun menjadi pemangkin gerakan nasionalisme.

ü  Jepun mengemukakan konsep ‘Kawasan Kesemakmuran Asia yang menggalakkan persaudaraan di kalangan negara Asia.

ü  Jepun berjanji memberi kemerdekaan kepada negara Asia.

ü  Kesengsaraan hidup semasa pendudukan Jepun.

ü  Parti Komunis Malaya (PKM) memerintah dengan kejam.

ü  Kekejaman itu menimbulkan konflik perkauman.

ü  Kemunculan mesin cetak menyebabkan idea menentang penjajah boleh disebarkan melalui buku,majalah dan akhbar.

ü  Gerakan Pan-Islamisme membangkitkan pemahaman terhadap Islam untuk menentang penjajahan.

ü  Keadaan politik serantau mendorong kebangkitan nasionalisme.

ü  Karya Indonesia menjadi bacaan penduduk Tanah Melayu.

ü  Kemasukan orang Indonesia memudahkan penerimaan unsur nasionalisme.

Mesej Berkaitan Semangat Kebangsaan Yang Dibangkitkan Melalui Novel-Novel Melayu Tahun 1930-An

ü  Semangat perjuangan menentang penjajah.

ü  Semangat cinta akan tanah air.

ü  Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka.

ü  Menggunakan sejarah mendorong semangat perjuangan bangsa.

ü  Menghargai warisan bangsa.

ü  Menolak kesenangan demi maruah bangsa.

ü  Semangat generasi muda menjaga maruah bangsa.

ü  Berbangga dengan kebolehan sendiri.

ü  Menolak cinta pegawai penjajah demi menjaga maruah bangsa.

ü  Kebebasan wanita menentukan hala tuju kehidupannya.

ü  Mementingkan pendidikan untuk kebaikan diri.

ü  Mmebuang pandangan negatif untuk menghalang kemajuan.

Gerakan Islah

ü  Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam.

Idea-Idea Yang Disampaikan Melalui Gerakan Islah Oleh Kaum Muda

ü  Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia.

ü  Gesaan memajukan ekonomi,pendidikan,politik dan sosial orang Melayu.

ü  Menyemai sikap mengkritik penjajah dalam fikiran orang Islam.

ü  Mengkritik raja/pembesar Melayu yang tidak memejukan orang Melayu.

Sebab-Sebab Gerakan Islah Oleh Kaum Muda Tidak Dapat Digerakkan Di Negeri-Negeri Melayu Kecuali Di Negeri-Negeri Selat Sahaja

ü  Masyarakat sudah dipengaruhi oleh fahaman Kaum Tua.

ü  Undang-undang dikeluarkan untuk menghalang pengaruh Kaum Tua.

ü  Kegiatan dakwah tidak dibenarkan kecuali mendapat keizinan Sultan.

ü  Dilarang membawa masuk buku-buku dan risalah Kaum Muda ke negeri itu.

Tujuan Kaum Muda Menubuhkan Beberapa Buah Madrasah

ü  Menjalankan pendidikan Islam.

ü  Memberi pendidikan yang meliputi dunia dan akhirat.

ü  Memberi peluang kepada pelajar wanita mendapat pendidikan.

ü  Membendung tekanan British dan Kaum Tua.

Akhbar-Akhbar Melayu Yang Diterbitkan Pada Tahun 1930-An

ü  Warta Malaya.

ü  Lembaga Malaya.

ü  Majlis.

ü  Utusan Melayu.

ü  Warta Negara.

ü  Fajar Sarawak.

Isu-Isu Ekonomi Yang Dibangkitkan Oleh Akhbar-Akhbar Melayu

ü  Menggalakkan syarikat bekerjasama.

ü  Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang.

ü  Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu.

ü  Melarang orang Melayu menjual tanah mereka.

ü  Menyeru orang Melayu berjimat-cermat.

ü  Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.

Isu-Isu Yang Berkaitan Dengan Sosial Dan Pendidikan Yang Dibangkitkan Oleh Akhbar Melayu Pada Tahun 1930-An

ü  Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.

ü  Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.

ü  Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap memilih kerja dan malas.

ü  Menggalakkan tabungan untuk pendidikan anak-anak.

ü  Mementingkan pendidikan Bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu.

ü  Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberi nilai ekonomi.

ü  Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran.

ü  Menyeru orang Melayu tidak meninggalkan pendidikan Islam.

ü  Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu.

Isu Politik Yang Dibangkitkan Akhbar Melayu Pada Tahun 1930-An

ü  Mengkritik British yang mengurangkan kuasa raja-raja Melayu.

ü  Mengkritik pembesar dan raja-raja Melayu yang tidak melaksanakan kepimpinan untuk rakyat.

ü  Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran.

ü  Menuntut diadakan Malay Administrative Service (MAS).

ü  Menyeru orang Melayu bersatu dalam satu pertubuhan kebangsaan.

ü  Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan.

Peranan Akhbar-Akhbar Melayu Tahun 1930-An Sebagai Agen Gerakan Nasionalisme

ü  Membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri atau bangsa.

ü  Mengkritik dasar British yang menekan orang Melayu.

ü  Menggesa supaya memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.

ü  Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.

ü  Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap memilih kerja atau malas.

ü  Mementingkan kemahiran pertukangan dan kerja tangan.

ü  Mengutamakan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan diri.

ü  Meminta sekolah Melayu diberikan nilai ekonomi.

ü  Memartabatkan Bahasa Melayu dalam pentadbiran British.

ü  Menyeru supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam.

ü  Menyeru supaya mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu.

ü  Menggalakkan penubuhan syarikat bersama.

ü  Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang.

ü  Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu.

ü  Melarang orang Melayu menjual tanah mereka.

ü  Menyeru orang Melayu berjimat cermat.

ü  Meminta orang British adakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.

ü  Mengkritik British yang mengurangkan kuasa raja-raja Melayu.

ü  Mengkritik raja dan pembesar yang tidak melaksanakan kepimpinan sewajarnya untuk rakyat.

ü  Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.

ü  Menuntut diadakan Malay Administrative Service (MAS) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.

ü  Menyeru orang Melayu bersatu dalam pertubuhan kebangsaan.

ü  Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan.

Isu Berkaitan Wanita Yang Dibangkitkan Dalam Akhbar,Majalah Dan Novel Melayu Pada Tahun 1930-An

ü  Pendidikan untuk anak perempuan.

ü  Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan.

ü  Mendorong wanita menjaga nilai-nilai Islam dan budaya Timur.

ü  Menggalakkan wanita menjadi obor memajukan bangsa.

ü  Kebebasan wanita menentukan hala tuju kehidupannya.

ü  Membuang pandangan negatif yang halang kemajuan.

ü  Perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.

Peranan Yang Dimainkan Olen Mohammad Eunos Abdullah Melalui Kesatuan Melayu Singapura (KMS)

ü  Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British.

ü  Menjadi wakil orang Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri Selat.

ü  Mendesak British memberi perhatian terhadap kebajikan orang Melayu.

ü  Memperoleh kawasan petempatan khas bagi orang Melayu di Singapura.

ü  Mendorong penubuhan cawangan khas di Melaka,Pulau Pinang dan di Negeri-negeri Melayu.

Tujuan Penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)

ü  Menggalakkan ahli berkenal-kenal.

ü  Menggalakkan ahli bertukar pendapat untuk memejukan diri dan bangsa.

ü  Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

Tindakan-Tindakan Oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) Yang Menunjukkan Kesatuan Ini Bersifat Politik

ü  Bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

ü  Menjadikan KMM sebagai badan propaganda Jepun.

ü  Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British.

ü  Mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan.

ü  Menubuhkan cawangan KMM di Maahad Ihya Assyarif.

ü  Menubuhkan tentera semut untuk menentang British.

Kepentingan Kongres Melayu Yang Diadakan Pada Tahun 1939 Dan 1940

ü  Kemuncak kesedaran kebangsaan orang Melayu.

ü  Membincang kemunduran orang Melayu dalam ekonomi dan pendidikan.

ü  Mendedahkan layanan pilih kasih oleh British dalam pentadbiran kerajaan.

ü  Menunjukkan perjuangan kesatuan mendapat sokongan golongan intelek Melayu dan akhbar-akhbar Melayu.

ü  Mewujudkan perpaduan orang Melayu untuk mengatasi permasaalahan sosioekonomi dan politik.

ü  Mengatasi perasaan kenegerian di kalangan orang Melayu.

ü  Menunjukkan kesepakatan orang Melayu di seluruh semenanjung dalam satu gerakan nasionalisme.